Drama bersiri popular dari Korea Selatan, Coffee Prince pernah menjadi kegilaan ramai di Malaysia sekitar 10 tahun dahulu dan kini pengarah terkenal Michael Ang mahu membawa jalan cerita yang sama namun diadaptasi dengan citarasa Malaysia.

Dengan itu beliau mengumumkan barisan pelakon utama yang bakal membintangi drama Coffee Prince versi ini termasuklah Fattah Amin yang bakal membawa watak utama yang sebelum ini dibawa oleh Gong Yoo.

Selain Fattah Amin, Janna Nick dan Hafidz Roshdi turut sama diumumkan sebagai pelakon utama untuk drama adaptasi baru ini. Namun, nama Fattah Amin menjadi sebutan para peminat tegar drama asal Coffee Prince.

Rata rata mereka tidak bersetuju dengan pemilihan Fattah Amin sebagai teraju utama drama tersebut dengan alasan sudah muak melihat wajah pelakon tersebut di kaca televisyen dan mahukan muka baru sebagai hero.

Anda rasa bagaimana? Layak atau tidak Fattah Amin menjadi salah seorang teraju utama drama Coffee Prince (Putera Kopi?) — jika tidak siapakah anda rasa boleh menggantikan beliau? (rtky/m)