fbpx

Sudah dua bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Dini Schatzmann berkata dia dan isterinya, Janna Nick kini sedang membuat persiapan untuk berpindah ke rumah baru pada hujung bulan ini.

“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”

Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di...

Baca Lagi

Memetik Utusan Online, Dini memberitahu rumah mereka itu terletak di Kuala Lumpur namun enggan berkongsi lanjut mengenai perkara tersebut.

BACA: Honeymoon Di Pantai, ‘Bodyguard’ Teman Janna Nick & Dini Schatzmann

“Saya dan isteri bakal berpindah ke rumah baharu kami dalam bulan ini juga. Rumah baharu kami nanti terletak di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

“Saya tak boleh beritahu lebih, kalau saya beritahu nanti kena marah pula dengan Janna,” katanya.

 Sementara itu, Dini berkata dia dan Janna kini kembali bekerja keras selepas banyak wang dibelanjagkan untuk kos rekaan hiasan kediaman baru mereka.

“Duit banyak habis semasa kahwin dan untuk buat rekaan dalaman rumah baru. Jadi sekarang masa untuk kembali bekerja keras. Insya-Allah selepas ini akan ada cahaya mata pula. Semua itu memerlukan duit,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kehidupan selepas bergelar suami, Dini meluahkan rasa syukur mempunyai teman untuk berkongsikan perasaan.

“Kami tidak merancang untuk memperlahankan kerjaya seni masing-masing selepas berkahwin.

“Apa yang berubah, bila balik rumah kami akan meluangkan masa bersama-sama. Bangun pagi, ada isteri di sisi. Ia perasaan yang sangat menakjubkan,” katanya.

Untuk rekod, Janna sah bergelar isteri kepada Dini Schatzmann pada 10 Jun lepas dalam sebuah majlis yang diadakan di Langkawi.