fbpx

“Bangga Ke Pakai Anting Di Hidung, Taubatlah Cepat”

Imej terbaru pelakon popular Shaheizy Sam yang berambut blonde serta memakai anting-anting di telinga dan hidungnya menjadi bualan ramai di media sosial. Rata-rata mereka terkejut dengan penampilan Sam yang dikatakan tidak sesuai dengan imej seseorang yang beragama Islam.

Penambilan baru itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang mengecam tindakan pelakon lelaki itu. Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa melihat penampilan Sam. Ada segelintir daripada netizen berpendapat, walaupun anting-anting yang dipakai oleh Sam itu palsu, namun tindakannya itu tetap salah.

 

Tidak kurang juga ada yang berpendapat agar selebriti tidak memuat naik gambar atau posting yang boleh membuatkan orang lain turut berdosa dengan mengecam atau bersangka buruk.

Jika anda mengikuti Instagram Sam, di dalam foto lain anting di hidungnya sudah tiada, bermakna ianya adalah palsu. Apa pun fikir positif sahaja, mungkin Sam sedang melakukan persiapan untuk watak terbaru lakonannya.