fbpx

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Raja Ilya mengundang kecaman netizen apabila membuat perbandingan majlis kahwin di Malaysia dan Australia ketika pandemik Covid-19.

Foto tersebut memaparkan perbezaan majlis perkahwinan di Australia yang tiada tetamu meskipun hanya ada satu kes, berbanding di Malaysia ramai yang bersesak di dalam satu majlis.

BACA: Raja Ilya Mahu Timang Anak Setahun Lagi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Menerusi entri itu, Ilya turut menyatakan bahawa perkongsiannya itu hanya sekadar untuk melawak dan gambar dikongsikan hanya hiasa semata-mata.

Bagaimanapun, perkongsian Ilya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mendakwa pelakon itu memalukan negara.

Malah ada yang mengatakan tidak sepatutnya membuat perbandingan sebegitu kerana tiada majlis kahwin seperti itu diadakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tidak kurang juga, ada yang meminta Ilya membuat kajian terlebih dahulu sebelum memuat naik perkara seperti itu. Dalam pada itu, ada yang menuduh pelakon itu lupa daratan susulan perkongsian tersebut.

Raja Ilya dan Trent berkahwin pada 23 Disember lalu dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia. Difahamkan, pasangan itu telah berkenalan sejak 2012 dan mengikat tali pertunangan bertunang pada awal November 2018.