Balik Kampung Dengan AirAsia & Tambang Serendah RM39. Whoaaa!
Baru baru ini saranan dari seseorang yang berpengaruh mengatakan kita semua tidak perlu balik kampung musim perayaan ini dek kerana harga barangan dan petrol yang semakin mahal. Jangan pedulikan beliau kerana dengan AirAsia, anda boleh beraya di kampung serendah RM39.
Kami tidak bergurau, bersempena dengan musim perayaan dan cuti panjang kali ini AirAsia tampil dengan promosi hebat untuk membolehkan anda pulang beraya bersama ibu bapa dan keluarga tercinta tanpa perlu pening kepala memikirkan harga petrol mahu pun kesesakan jalan raya.
Dan kalau anda ke laman rasmi AirAsia hari ini, senarai yang diberikan turut meletakkan harga tambang pulang ke Kota Bahru serendah RM19, Alor Setar & Johor Bahru serendah RM29 dan jika anda mahu bercuti penerbangan ke Pulau Langkawi hanya serendah RM29 juga.
Bercakap pasal cuti, apa gunanya cuti raya yang panjang jika tidak dimanfaatkan dengan melihat tempat orang kan? AirAsia turut menawarkan penerbangan murah ke destinasi luar negara seperti Krabi pada harga hanya RM89 sehala atau Bangkok untuk RM119 sahaja.
Banyak lagi destinasi tempatan dan sekitar Asia untuk anda pilih dalam promosi tambang gila murah ini. Kami pun sudah berkira kira untuk ambil cuti beberapa hari untuk tenangkan fikiran dari kesibukan kerja yang tidak pernah sudah. Jom!
Promosi ini akan berakhir pada 12 Julai 2015 ini dan pastikan anda cepat menempah destinasi pilihan anda kerana pastinya ia akan laku laju seperti goreng pisang panas. Layari laman rasmi AirAsia untuk maklumat lanjut. Beritahu kami, destinasi mana jadi pilihan?
Tawau to johor bahru
Sesuai la muka Najib tu. Ko buat ‘Akta Hasutan’ supaya orang2 Msia henti bocorkan maklumat. Sekarang orang2 Malaysia guna media luar pecah lobang ko, Najib. Media luar xkan kena akta itu. Kalau ko Najib bersih 100% takper. Ini tak, dia pun kotor byk skandal. So, time to taste your own medicine la…..
antara yang mama suka search jugak ni. Al-maklumlah nak balik utara time raya ni memang tak payah cakap. Baik naik flight.
abg roti kaya ni cite pasal tiket raya tahun depan ke ape? jgn la harap sekarang nk dapt harga rm39..
alor setar – tawau boleh lah untuk tahun ni yang lain sume tiket untuk tahun depan…huhuhu
Bongok punya rotikaya….. Buangla iklan Toyota tuh