Kali terakhir kami paparkan gambar percutian bulan madu pasangan Fizo Omar & Mawar adalah dua minggu yang lalu dan ketika itu mereka berada di London. Khabarnya mereka kini dalam perjalanan pulang selepas puas menjelajah Perancis & Itali.

Laporan Media Hiburan baru baru ini menyebut yang pasangan ini bakal mengadakan tiga majlis resepsi perkahwinan mereka di tiga lokasi berbeza selepas mereka sah bergelar suami isteri pada 10 November yang lalu.

Fizo Omar & Mawar akan mengadakan resepsi pertama perkahwinan mereka di Pulau Pinang iaitu sebelah keluarga Mawar manakala resepsi sebelah keluarga Fizo Omar pula akan diadakan pada 28 Disember di Kelantan.

Resepsi terakhir Fizo Omar dan Mawar akan diadakan di sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur pada 26 Januari 2014. Sementara itu, nikmati saat saat manis pasangan ini berbulan madu di bumi Perancis & Itali. Harap pulang sudah berbadan dua, eh. (rtky/m)