fbpx

Bakat Tak Dihargai, Aliff Syukri Mahu Menyanyi Di Luar Negara

Umum mengetahui sebelum ini Datuk Seri Aliff Syukri pernah tampil dengan single ‘Abang Nak Tegur’ yang dinyanyikan bersama usahawan cantik, Nur Sajat. Namun lagu tersebut dikecam teruk oleh netizen dan mendapat ‘dislike’ terbanyak.

Menerusi Intagram, Aliff memberitahu beliau mahu mengembangkan bakat nyanyiannya di luar negara memandangkan di Malaysia bakatnya tidak dihargai.

BACA: Aliff Syukri Dedah Gaji RM250k Sebulan, Tapi Tak Cukup?

Menjawab beberapa soalan daripada pengikutnya menerusi fungsi pertanyaan yang diperkenalkan di Instagram Story, Aliff menjawab soalan dari netizen mengenai perniagaan apa lagi yang bakal dilakukan oleh beliau.

https://www.instagram.com/p/BlkbkQinCXE/?utm_source=ig_embed

Menurut Aliff, beliau berhasrat untuk mewarnai industri nyanyian di luar Malaysia dan membangunkan lot rumah banglo.

Dalam masa sama, isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida secara berseloroh turut meninggalkan komen di entri tersebut dengan memberitahu dia menghargai bakat ‘terendam’ suaminya itu.

Selain itu, Aliff Syukri turut menjawab pertanyaan pengikutnya mengenai pekerjaan pertama beliau. Menurut Aliff, pekerjaan pertamanya adalah sebagai khidmat pelanggan ketika berusia 17 tahun dan dibayar gaji sebanyak RM600.