Walaupun drama bersiri ini sudah pun tamat minggu lalu, namun peminat hiburan masih bercakap tentang kegilaan mereka terhadap 13 episod Vanila Coklat.

Berjaya mencatatkan lebih 4.5 juta penonton yang juga kami kira sebagai rekod dunia penyiaran untuk sebuah drama bersiri, ianya ternyata satu fenomena yang tidak boleh di’pandang ringan.


Oleh kerana itu, Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) di’khabarkan kini berminat untuk menerbitkan filem penuh Vanila Coklat bekerjasama dengan Asia Media Content.

Penggambaran untuk filem Vanila Coklat ini akan bermula seawal awalnya pada penghujung Mei 2012 dan satu perkara menarik adalah filem ini akan mempunyai babak yang di’rakam khas di kota romantis Paris & juga Rom.

Kalau anda masih dalam mood drama bersiri Vanila Coklat, kami yang perlahan kerjanya ini baru sahaja terjumpa video bloopers untuk drama tersebut dan memang ternyata gandingan pelakon utama Aiman Hakim Ridza & Izara Aishah comel apabila mereka bersama. 

AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!