fbpx

Bakal Buka Pasar Raya Sendiri, Zul Yahya Tawar Peluang Pekerjaan

Bakal membuka sebuah pasar raya miliknya sendiri tidak lama lagi di Ipoh, Perak, pelakon Zul Yahya berkata dia mahu memperkaskan lagi produk keluaran Muslim.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon berusia 47 tahun itu juga mahu berkongsi rezeki serta menguar-uarkan peluang pekerjaan yang ditawarkan di pasarayanya itu.

BACA: Masuk Usia Warga Emas, Zul Yahya Pertimbang Watak Sesuai

“Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan. Pengubahsuaian sedang dijalankan.

“Berminat untuk menjadi sebahagian familymart ini? Peluang pekerjaan ada banyak di sini. Kita kongsi rezeki bersama-sama kerana rezeki tidak pernah salah alamat, insya-Allah,” ujarnya.

Zul Yahya berkata dia turut mencari pembekal produk Industri Kecil Sederhana (IKS), produk Muslim, barangan runcit, barangan basah, produk viral dan produk bersesuaian yang boleh dijual dalam Zul Yahya Mart.

Terdahulu, Zul Yahya pernah mencetuskan kontroversi apabila menyeru pekerja belakang tabir untuk meninggalkan dunia hiburan dan beralih ke bidang yang lebih memberikan keberkatan.