fbpx

Bakal Bersalin, Memey Suhaiza Mohon Doa Peminat

Meniti jam sahaja lagi untuk melahirkan cahaya mata ketiganya, Memey Suhaiza memohon maaf kepada umum, andai ada kesilapan secara sedar atau tidak. Selain itu, Memey juga memohon doa peminat agar beliau selamat melahirkan bayinya.

BACA: Memey Pegang Anak Tiri, Netizen Tegur Abby Abadi

Menerusi akaun Instagram, Memey berkongsi dirinya yang sudah selamat sampai di hospital dan doktor mengesahkan beliau sudah bersedia untuk melahirkan anak berserta dengan foto bersama suami, Norman Hakim.

Bakal melahirkan bayi perempuan, Memey terkejut apabila diberitahu sudah bersedia untuk bersalin kerana tidak merasa sebarang simptom untuk beranak. Di ruangan komen pula, ramai mendoakan pasangan ini selamat melahirkan bayi.

Kami doakan perjalanan melahirkan bayi dipermudahkan buat Memey dan Norman. Semoga segalanya berjalan lancar belaka. Harap-harap nanti sudi-sudilah kongsikan wajah comel bayi ketiga ini. (rtky/w)