Anak sulung kepada pelakon Norman Hakim iaitu Danish Hakim berkata dia banyak mendapatkan daripada bapanya berkenaan alam rumah tangga.

Memetik Oh Bulan, Danish berkata bapanya sentiasa berkongsi nasihat dan pesanan kepadanya hampir setiap hari.

BACA: “Kau Sudah Cukup Paling Baik Dengan Mama” – Danish Hakim

“Saya banyak minta nasihat sudah tentu daripada bapa saya sendiri. Memang banyak nasihat yang diberikan, boleh katakan hampir setiap hari dia akan bagi. Kehidupan saya memang dipenuhi dengan nasihat-nasihat dan tunjuk ajar daripada bapa saya,” katanya.

Sementara itu, Danish berkata persiapan perkahwinannya sudah siap 80 peratus serta bersyukur mendapat sokongan daripada keluarga.

“Persiapan majlis perkahwinan saya boleh katakan dah 80 peratus atau lebih daripada itu. Alhamdulillah dengan sokongan orang sekeliling terutama ahli keluarga,” katanya.

Danish bakal diijabkabulkan dengan pasangannya, Shalinda di Singapura pada Disember depan dan majlis resepsi akan diadakan di Kuala Lumpur.

Sumber: OhBulan

×