fbpx

“Baju Raya Dah Siap, Tahun Ini 20 Pasang Sahaja”

Seperti biasa setiap kali menjelang Aidilfitri pasti ramai nak tahu berapa pasang baju raya warna sedondon yang akan digayakan oleh Rozita Che Wan sekeluarga. Tahun lalu, Che Ta sediakan 30 pasang setiap seorang.

Che Ta memberitahu, tahun ini dia sudah menyiapkan 20 persalinan setiap seorang bagi memastikan mereka sekeluarga tampil bergaya.

BACA: Che Ta Tidak Akan Ulang Pakai Baju Raya

Kata Che Ta lagi, kesemua pakaian telah disiap digosok dan dia mula rasa tidak sabar untuk menyambut Syawal.

“Dah tak sabaq nak melaram! Tengok baju raya tu rasa dah dekat nak raya. Tapi tahun ini jumlah baju raya kami sekeluarga 20 pasang sahaja tak seperti tahun lepas ada 30 pasang setiap orang.

“Baju semua dah siap malah baju Melayu anak dan suami saya dah siap pasangkan butang supaya senang,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Che Ta, tahun ini dia akan berhari raya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah.

Sementara itu, Che Ta berkata, seperti biasa setiap tahun dia bersama keluarganya akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya keempat dan menjemput sesiapa sahaja yang ingin datang beraya.