fbpx

Bahaya! Tilam Lama Boleh Mencetuskan Masalah Kesihatan. Jom, Tukar Tilam!

Anda perasan tak kadang-kadang ada benda penting dalam kehidupan harian kita diabaikan? Cuba anda fikir kejap, apa benda yang anda kadang rasa ianya penting tapi selalu dilupakan? Kadang-kadang kami sendiri pun rasa macam tu juga. Ha…salah satunya adalah hayat tilam anda tu.

Bila kali terakhir anda beli tilam anda? Alah yang anda sedang guna sekarang ni lah. Adakah 10 tahun lepas? Atau 20 tahun lepas? Pernah terfikir tak ‘kesihatan’ tilam anda tu. Ke main tidur jer. Malas fikir lah katakan.

No No! Jangan buat dek jer yer. Anda tahu tak bila anda guna tilam lama ni boleh mencetuskan masalah kesihatan? Bahaya tau! Tilam anda, tilam anak-anak, tilam mak ayah kat kampung tu. Pernah tak ambil tahu hayatnya? Okay ke idok? Ntah ke dah jadi sarang tikus dalam tilam tu? Ha mana la tahu kan. Tikus sekarang ni bijak pandai dah. Mereka pun nak juga tidur guna tilam!

Okay meh sini kami nak story mory sikit kat anda. List kat bawah ni antara masalah kesihatan yang boleh timbul bila anda pakai tilam lama. Jom check out!

1. Habuk, Tungau & Hama Berkumpul

Euw! Cuba anda bayangkan ketiga-tiga benda ni berkumpul atas tilam anda. Yer, memang tak boleh nampak dengan mata kasar, tapi kalau nampak ni maunya muntah hijau.

Kalau anda perasan ia seperti kesan tumpahan cecair tetapi sebenarnya ia adalah kotoran yang boleh menyebabkan anda sakit. Contohnya kalau anda berpeluh pun, ia juga boleh berisiko untuk saluran udara dan kesihatan anda. Nak nak pula kalau anda ada asma. Boleh sesak nafas tau sebab alahan sampaikan susah nak tidur nyenyak.

2. Alergi

Kalau anda yang ada kulit sensitif memang kalau guna tilam lama, ia akan effect pada badan anda. Mula lah jadi gatal-gatal. Bukan gatal biasa-biasa pula tu. Gatal yang kalau boleh sampai ke tulang nak menggarunya. Betul tak?

Sebenarnya hama, habuk, dan tungau boleh ‘mendarat’ atas tilam baru atau lama. Makin lama tilam tu, makin banyaklah kotornya. Nak pula kalau anda yang jenis tak jaga kebersihan tilam anda. Memang teruklah jawabnya.

Kalau anda nak tahu, selama anda tidur, tubuh akan menghasilkan sel kulit mati dan minyak alami (sebum) yang dapat menarik debu dan tungau melekat di badan anda tu.

3. Asma Makin Teruk

Orang cakap, siapa yang ada penyakit ni macam nyawa ditarik-tarik disebabkan tak boleh bernafas. Asma ialah penyakit kronik saluran udara dalam sistem pernafasan. Bahaya betul kan?

Tidur di atas tilam yang terlalu lama boleh menyebabkan masalah pernafasan pada orang yang mempunyai asma. Habuk yang kemudiannya melekat pada tilam lama inilah boleh menyebabkan asma. Jadi kena alert dan hati-hati. Sebab tu kena tukar tilam baru.

Benda ni sebenarnya nampak remeh tapi kesannya boleh menyebabkan masalah kesihatan anda jadi teruk tau.

4. Sakit Tulang Belakang

Sekiranya anda tidak menukar tilam anda lebih dari 10 tahun, mungkin ada kebarangkalian untuk tulang belakang anda tidak memperoleh sokongan yang sepatutnya. Sebab tu lah sakit belakang!

Gantikan tilam lama anda dengan tilam yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Betul, tilam yang bagus sangat mahal. Tetapi apa salahnya berbelanja lebih asalkan tubuh badan anda kekal sihat. “Wang boleh dicari, tetapi bukan kesihatan.”

Jom Tukar Tilam Baru!

Jadi untuk elakkan anda sakit, apa kata anda gantikan tilam lama dengan tilam baru. Untuk info anda Rozel Malaysia adalah salah satu syarikat yang ada mengeluarkan tilam yang bagus dan berkualiti tinggi.


Dan berita baik untuk anda yang tak nak lagi tanggung masalah kesihatan, Rozel Malaysia ada membuat kempen untuk tukar tilam lama anda kepada tilam baru! Betul gais, anda boleh trade in tilam lama anda dan dapatkan rebat sehingga RM1,500.

Yang bestnya, tilam apa-apa pun mereka terima tau. Model, jenama atau saiz apa tu mereka terima dengan tangan terbuka. Fuh! Jadi, takkan menjadi masalah lagi lah untuk anda nanti.

Sampai bila nak tanggung ketidakselesaaan badan, gatal-gatal dan sakit belakang anda tu? Peluang dah ada depan mata, apa yang anda perlu buat hanya perlu dapatkannya sahaja.

Ada 3 jenis model tilam yang bagus untuk anda trade in nanti iaitu Spinal Care, Royal Crown dan Legacy. Dahla cantik semua, bagus pula tu untuk kesihatan. Sebab tu Farah Ann, Ratu Gimnas Negara kita pun suka dengan tilam dari Rozel ni.

Tilam ni dapat bagi support dan juga rehat yang cukup untuk badannya sementara dia tengah prepare untuk Sukan Olimpik nanti. Tilam yang baik memang mainkan peranan yang penting untuk kesihatan jugak tau.

Haa…kalau anda nak tahu, anda juga boleh dapatkan rebat dengan tilam-tilam ini. Check kat bawah ni yer.

1. RM500 rebate untuk Spinal Care
2. RM1000 rebate untuk Royal Crown
3. RM1500 rebate untuk Legacy

Bukan itu jer, ada DISKAUN TAMBAHAN untuk katil dan juga side table. Anda boleh jer dapatkan side table untuk sebarang pembelian. Tak kisahlah anda nak beli tilam ke katil ke, diskaun tetap on!

1. Promosi: RM2,990 (Harga asal: RM3,990)
2. Promosi: RM3,990 (Harga asal: RM5,590)
3. Promosi: RM4,990 (Harga asal: RM8,990)

Untuk side table anda boleh beli dengan harga RM1,990. Beli 1 PERCUMA 1! Weh jimatnya!

Okay untuk anda yang nak trade in tu, kuantiti tilam yang anda nak trade in tu tak terhad yer. Asalkan anda anda kuantiti untuk transaksi yang sama. Contohnya 3 tilam lama untuk 3 tilam baru.

Bagi anda yang tinggal berdekatan dengan Rozel Showroom iaitu antara 10 kilometer, servis penghantaran PERCUMA akan diberikan untuk anda. Termasuklah bayaran ansuran bulanan dengan tanpa interest (0%) sehingga 24 bulan! Wahhhh…bestnya!

Untuk info lanjut anda boleh check out di Rozel Showroom berdekatan anda di LINK INI.

Jadi, jangan tunggu lama-lama…Make sure jangan timbul masalah kesihatan kalau anda masih lagi sayang dengan tilam lama dah berkurun dahtu yer. Kos kesihatan lagi tinggi dari kos semasa anda sihat. Ingat tu!

#RozelMY
#RozelMaxiflex
#MyChampionChoice