“Bagus Juga Bila Ada Public Figure Dijangkiti Coronavirus”
Terlanjur kata ketika mengacarakan program Melodi tengah hari tadi, Janna Nick memohon maaf di atas kekilafannya itu. Difahamkan, Janna mengulas berita mengenai Puteri Aishah yang disahkan positif COVID-19.
Namun dia tersalah menggunakan perkataan sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen. Masih baru dalam dunia pengacaraan, Janna mengakui dia menggunakan perkataan yang kurang sesuai sehingga penonton tersalah tafsir apa yang cuba disampaikan.
BACA: Suami Orang Ajak Janna Nick Kahwin, Minta Berpurdah Masa Dating
Hahahahaha.. Im speechless la.. Cuma rasa nak gelak jek.. ???#meloditv3 pic.twitter.com/GM3ZYREL7f
— Howcaniforgetmyname (@eqasofeagrou) April 12, 2020
“Bagus juga sebenarnya apabila ada dalam kalangan public figure dijangkiti koronavirus ni.
“Bagus?,” sampuk Awal.
“Bukan bagus…maksudnya dia boleh beri kesedaran macam mana keadaan di dalam hospital,” kata Janna ketika bersiaran langsung.
Janna berkata, apa yang dimasksudkan olehnya adalah apabila ada dikalangan public figure terkena COVID-19, penonton dapat tahu keadaan sebenar dan dalam masa sama dapat memberi kesedaran kepada orang ramai.
“Minta maaf, saya orang baru dalam pengacaraan. Ayat yang patut diubah adalah perkataan ‘bagus’ itu.
“Sepatutnya (guna perkataan) ‘sekurang-kurangnya’ apabila ada public figure terkena COVID-19 supaya penonton dapat tahu keadaan sebenar dan dapat create awareness bahaya virus ini. Saya minta maaf sangat-sangat salah guna perkataan,” katanya.
Dalam pada itu, di akhir rancangan program tersebut, Janna sekali lagi memohon maaf di atas ketelanjurannya itu. Malah, Awal Ashaari selaku pengacara program itu berkata dia memahami maksud yang cuba disampaikan oleh Janna itu.
“Dia salah pentafsiran, kalau kita membawang sesama kita, saya faham! Tapi maksud Janna orang yang kena Covid boleh kongsi pengalaman supaya kita tahu betapa serius dan bahayanya wabak ini.
“Itu maksudnya. Janna pun dah minta maaf, bolehlah drop topik ini,” kata Awal.
- SUMBER
- mStar Online
tukar org lainla. janna nick x sesuai la wei.. harap gelak je beria
Mmg bagus mrk kena supaya mrk tau kehidupan glamor retis ni kt dlm media jek pun. Bila ko dah sakit ke, xde job ke korg semua ttp org biasa mcm netizen2 yg ko kata mcm lembu ni…
Nak tengok rita rudani dan maya karin buat apa dgn wabak ini.
Ni la retis no brain.melodi ni bongok ke apa.masih nak upah retis ni.bukan sekali buat salah.berkali2.then asik minta maaf.then buat lagi.cheaper punya retis.sebab tu aku tak tgk melodi lagi.sebab melodi upah retis no brain
Acik pun lama dah x tengok melodi… yawnnnn
Aku lg brthun weiii x tgk mlodi ni.sbb aku tgk rncangan bdoh dn smpah..ntt aku pn jd bdoh.
Lama dh xtgk melodi
zmn2 Apek jd pengacara melodi dulu best. skrg.. hmmm sape ek yg bes.. tahhh
Low class!Wujud lgi ke Melodi ni? Dah masuk era kesenduan le.
Perangai taik hudoh semue dtg dr dalam tu..ader ke lgi org nengok melodi ni wey?
X payah tunggu artis kena chinese virus ni utk cerita pengalaman sebenar. Berlambak je orang cerita pengalaman kena sakit ni. Google je. Blh tak host ni matang ckit.
Meluat pulak dgn jolokan public figure. Sakit dan peritnya tetap sama. Takder bangsa kayangan atau bumi. Waktu gini, ” public figure ” pun ngeri dgn bawang rangers. Jgn tersilap sikit ckp..nahas!
Nasib baik dgn Awal, yg pandai cover. Cuba klu dgn Ajak or ntahsape2, lagi teruk gamaknya
janna ni dh tau dia bdk baru dlm pengacaraan, tapi ada gi kelas pengacaraan ke idak utk mmbaiki tahap?
akak cadangkan janna berdaftar dgn kelas dgn azwan ali atau paknil. mereka tu byk pnglmn.
sepatutnya statement itu tak perlu ada pon. sbb ramai org bukan artis yg positif covid da beri penjelasan di socmed bagaimana keaadaan seharian mrk ketika di pusat rawatan. tak perlu ada rakan artis jadi positif baru nak tau. doktor pon ada dah beri perincian sehinggakan org ygmeninggal, yg dikebumikan pon diberitahu mcm mana diuruskan. pihak tv takde ke beri panduan skrip kpd pengacara? isu ni sgt sensitif sbb virus ni belom ada ubatnya. mungkin takde apa2 pada diri kamu sbb kamu tak terkena. kalau diri sendiri diperkatakan sebegitu, rasanya kecil hati tak? rasa sy mesti terguris hati artis yg diperlekehkan. keluar surat saman bagai. kalau da tau diri tu pengacara, belajar ilmu pengacaraan, adab, luaskan vocabulary sikit. sebab dah jadi mcm bualan di kedai kopi saja kalau pengacara kurang ilmu. nampak program kekurangan kualiti. lepas tu nanti mintak kerajaan tolong sbb kamu artis yg berbakti kpd negara?
Buat program live tak semudah yang disangka ya Janna..
very obvious la janna. u xde bakat mengacara. nyanyi pun out.. haishhh
Artis x pandai banyak sgt
Since janna hosting mmg dah lama x tgk melodi, tone suara x sesuai mcm bertempik, even skrg dah pair dgn awal pon mcm x sesuai, awal far way better hosting sorg2. Baru ke bukan dah habis few seasons ke janna ni, kalau baru tu biase terms in 3 months bekerja