Sebut saja nama Datuk Seri Aliff Syukri, pasti ramai tahu usahawan sensasi itu sering terpalit dengan kontroversi dan seolah tidak serik dikecam oleh netizen dengan perkongsian mengundang di media sosial.

Baru-baru ini, perkongsian Aliff sekali lagi menjadi bualan memaparkan dirinya memakai maskot Spiderman bersama tuala putih diikat di bahagian pinggang.


BACA: Anak Dara Aliff Syukri Dipuji Cantik, Ramai Yang ‘Insecure’ Dengan Qadejah

Bagaimanapun, bukan penampilannya menjadi perhatian sebaliknya konten video dikongsikan mengenai tips untuk membuat isteri cepat hamil menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Difahamkan, videonya itu bertujuan untuk mempromosikan produk khas lelaki dan wanita keluaran syarikatnya, namun ada mengecam tindakannya berkongsikan video tersebut.


Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang serta mengatakan cerita dalam kelambu tidak elok dikongsikan kepada umum lebih-lebih lagi jika dilihat kanak-kanak bawah umur.

Tidak kurang juga ada netizen mengatakan lagu yang digunakan untuk video tersebut juga mempunyai double meaning dan didakwa lucah serta meminta Aliff memadam video berkenaan.