fbpx

Gara-gara filem blockbuster Men In Black yang pernah mencatat fenomena kejayaan membanggakan menerusi kutipan box office di seluruh dunia suatu ketika dahulu, kini kembali lagi menemui penonton.

Menariknya kali ini, siri terbaru filem Men In Black: International sekali lagi mendapat perhatian peminat setia apabila suasana tayangan perdana yang diadakan baru-baru ini dibanjiri ribuan peminat tegar filem perisikan rahsia ini.

Hadir dengan pelbagai latar belakang penonton, ternyata ramai yang tidak sabar untuk menonton sambungan filem yang pernah meninggalkan kesan mendalam tujuh tahun lalu.

Bagaikan seperti dalam lakonan, pada malam tayangan perdana tersebut turut dihadiri agent-agent cosplay Men In Black: International yang mengayakan pakaian agent perisikan yang sebenar seperti di dalam filem.

Rata-rata penonton tegar filem arahan F. Gary Gray ini tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar bersama selebriti yang hadir dan agent persikan rahsia yang mengawasi suasana malam tayangan perdana.

Selain daripada itu, pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk memastikan peminat setia Men In Black: International pulang dengan keadaan yang menyeronokkan.

Menerusi siri terbaru ini, Men In Black: International kali ini menampilkan pelbagai watak baru yang mempunyai misi yang berbesa termasuklah watak utama filem ini iaitu Chris Hemsworth sebagai Agent H dan Tessa Thompson sebagai Agent M.

Filem yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi berbeza ini mengisahkan tentang Ejen H yang dikenali sebagai ejen terhebat di cawangan MIB United Kingdom yang mempunyai misi yang sama dengan Ejen M iaitu menyelesaikan masalah besar antara keduanya apabila mendapat tahu ada perisik dalam organisasi MIB.