fbpx

“Badan Sado Pun Pakai Sarung Tangan Ke Bang?”

Penularan virus COVID-19 di negara semakin membimbangkan hingga ramai mengambil langkah berjaga-jaga. Terbaru pelakon, Saharul Ridzwan berkongsi pengalamannya diperli gara-gara memakai sarung tangan ketika keluar.

BACA: Saharul Ridzwan Syukur Miliki Rumah Baru

“Jadi tadi saya keluar kejap pergi kedai kat kawasan rumah saya. Terjumpa dengan dua orang pemuda, seronok dorang sembang sambil hembus asap rokok. Lepas tu gelak-gelak. Tak pakai mask, tak pakai gloves, apa pun takde”

“Dia tegur saya, badan ketul-ketul pun pakai sarung tangan ke bang. Malas aku layan kau, terus chow malas ambik pot. Derr, ni bukan soal badan ketul, badan kuat, tapi benda yang kita nak lawan tu lagi halus dari kuman, mana nak nampak”

Menurut Saharul, soal keselamatan ketika wabak yang semakin menular kini tidak boleh dipandang remeh kerana virus tersebut tidak boleh dilihat menerusi mata kasar, jadi tidak salah untuk mengambil langkah pencegahan.

“Dumbell sebesar alam tu bolehlah elak, tu pun kadang-kadang terlanggar jugak dekat keting. Keluar air mata woo. Jangan buat main soal keselamatan. Apa yang kita boleh buat utk elak, kita elaklah”

“ALLAH datangkan ‘lawan’ paling kecik je untuk kita, menggelupur, tak ada apa yang boleh kita buat. Kecuali, doa pada Allah, usaha dan tawakal. Solat jangan tinggal,” kongsinya di Instagram. (rtky/w)