Badan Kembali Tegak, Zamani Buat Persembahan Pertama Selepas Pembedahan
Hampir sebulan menjalani pembedahan tulang belakang akibat penyakit scoliosis bulan lalu, penyanyi Zamani muncul membuat persembahan pertamanya pada Ahad lalu.
Menerusi perkongsian video oleh isterinya, Nur Juliana Abd Rani di Instagram, Zamani dilihat bergerak aktif di atas pentas dan postur badannya kembali tegak.
BACA: Zamani Dibenar Pulang Ke Rumah, Badan Kembali Tegak Selepas Pembedahan
View this post on Instagram
“Persembahan pertama selepas menjalani pembedahan tulang belakang..terima kasih kepada CEO dan warga kerja DATUM kerana menjemput dan kepada pengunjung² terima kasih kerana sudi hadir malam tadi,” tulisnya.
Sementara itu, pengacara Datuk Aznil Nawawi yang membantu mengumpul dana pembedahan Zamani meluahkan rasa syukur serta menitiskan air mata menonton persembahan penyanyi itu.
View this post on Instagram
“AllahuAkbar. Terima kasih Allah kembalikan kesihatan dan keadaan fizikal Zamani kepada dahulu. Menitis airmata gembira menonton persembahan pertama Zamani selepas pembedahan. Kurang dari sebulan selepas pembedahan dilakukan,” tulisnya.
Melihatkan keadaan Zamani kini semakin baik, rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur serta mendoakan penyanyi itu terus sihat.
Bulan lalu, Zamani menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis. Isterinya berkata, Zamani dinasihatkan doktor supaya berehat lebih lama bagi memastikan keadaan kesihatannya pulih dengan cepat.
- SUMBER
- mStar Online
Rasa mcm baru je dia kena operate…dah sembuh betul ke? Pembedahan tulang kot…kot ye pun,berehat la dulu bg betul2 sihat…ngeri pulak tgk.
nyanyi bole ..duduk ler..org paham….jangan ingat org msia pemurah..x abik kesah….jgn asik minta derma nnt..
@Eemmm tk kojer saper nk beli beras nok?? Kena kuat!
Berehat je la dulu.. baru je lepas operation..hmmm