fbpx

Baby Shima Bergelek Sakan, Penari Hanya Berseluar Dalam

Meskipun perkongsiannya sering dikecam, penyanyi Baby Shima berkata dia akan terus menjadi diri sendiri serta melakukan apa yang diminatinya.

Baru-baru ini, perkongsian Baby Shima sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik voideonya ligat menari bersama sekumpulan lelaki yang hanya memakai seluar dalam.

BACA: “Saya Tak Pernah Tayang Lurah, Punggung Tapi Dimaki Hamun” – Baby Shima

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Menerusi video itu, Shima dilihat sedang asyik berjoget sambil dikelilingi tiga lelaki berseluar dalam namun masih berbaju menari ghairah.

Shima turut menyertakan kapsyen muzik video single terbarunya berjudul Sejenak Sendiri sudah pun dilancarkan. 

Mungkin sedar video tersebut bakal dikecam netizen, Shima bertindak menutup ruangan komen posting berkenaan.

Bagaimanapun hasil tinjauan mendapati tiada adegan penari berseluar dalam di dalam muzik video Sejenak Sendiri seperti yang dikongsikan di Instagram.