Enggan Panjangkan Isu Rumah Tangga, Zulin Aziz Kunci Mulut Punca Pergaduhan
Pelakon Zulin Aziz tidak mahu memanjangkan isu rumah tangga dengan suaminya, Farhan Norzaini serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk mereka.
Memetik Harian Metro, Zulin memilih untuk mengunci mulut dan enggan mendedahkan secara terperinci punca pergaduhan.
BACA: Zulin Aziz Kembali Berbaik Dengan Suami
“Orang boleh membuat spekulasi tentang apa yang berlaku, tetapi hanya kami berdua saja tahu puncanya. Lagi kita bercakap, lagi banyak perkara tak baik keluar dari mulut orang,” katanya.
Dalam pada itu, Zulin berkata adakalanya hal kecil boleh menjadi punca dan apa yang berlaku membuatkan dia dan suaminya menjadi lebih matang dalam hal rumah tangga.
“Itu adat dalam rumah tangga, apatah lagi kami baru setahun dalam perkahwinan. Kadang-kadang perkara-perkara kecil pun boleh menjadi punca. Apa pun kami berdua berdoa semakin matang,” katanya.
Terdahulu, perkongsian Zulin mengejutkan ramai apabila tiba-tiba memuat naik foto pernikahannya dengan suami di Instagram berserta kapsyen seakan memberi membayangkan mereka sudah berpisah.
- SUMBER
- harian Metro
baru blaki gitula ..gedixx nk post semua kt medsoc..haha
Something is wrong with her..dulu sibuk nak bersuami..dah dapat buat hal pulak..
true ..tak minat… nampakan sangat gedik2 tak sudah
less SOCMED sis…..