fbpx

Baby Bump Didakwa Semakin Kelihatan, Siti Nurhaliza Hamil Anak Kedua?

Desas-desus mengatakan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza hamil anak kedua hangat diperkatakan ramai lebih-lebih lagi selepas fotonya bersama seorang doktor selebriti dimuat naik di media sosial.

Nampaknya, perkara itu kembali hangat diperkatakan apabila bekas isteri Datuk Seri Khalid, Datin Tengku Zawyah Tengku Izham ada memuat naik foto keluarga ketika menyambut ulang tahun kelahiran menantu.

BACA: Siti Nurhaliza Tunjuk Nasi Ayam, Peminat Nampak Baby Bump?

Apa yang menjadi perhatian adalah penampilan terkini Datuk Siti atau lebih mesra dipanggil TokTi apabila kelihatan lebih berseri dan berisi dengan bentuk badan yang seakan mempunyai baby bump.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by teezac (@teezac)

Malah, aksi Siti yang memakai baju biru turut itu mendapat perhatian apabila dilihat sedang mengusap perut dalam sebuah video pendek yang sempat dirakam.

Meskipun belum ada pengesahan mengenai berita kehamilan itu, namun rata-rata netizen mengatakan bahawa penyanyi terkenal itu kini sedang berbadan dua.

Pada Februari lalu, Siti ada mengumumkan kepada media yang dia akan kembali menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usahanya memperoleh zuriat kedua.