Hati siapa tidak gembira apabila melihat insan yang mereka jadikan idola beroleh bahagia? Berkongsi kegembiraan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, peminat Amyra Rosli dalam masa yang sama sangat teruja dengan baby bump pelakon wanita tersebut.

Perkara tersebut mula menjadi bualan dan juga perhatian peminat mereka setelah ada salah satu gambar yang dimuatnaik di Instagram Amar Baharin dan isterinya itu ketika menghadiri sebuah majlis menampakkan baby bump tersebut.

Malah di antara peminat Amyra bagaikan tidak sabar sabar menantikan kehadiran cahaya mata pertama pasangan ini. Buat masa sekarang, Amyra juga dilihat memperlahankan kerjayanya.

Semoga pasangan sepadan dan secocok ini selamat dikurniakan cahaya mata yang pastinya akan memeriahkan lagi keluarga kecil ini. Kami kongsikan beberapa keping gambar kebahagiaan pasangan ini untuk anda. Enjoice!