fbpx

Babak Cium Jay Iswazir, Elizabeth Tan Tak Guna Teknik Kamera

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mendedahkan babak cium aktor Jay Iswazir  dalam filem Abang Long Fadil 3 dilakukan sendiri tanpa menggunakan teknik kamera.

Memetik Harian Metro, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy itu berkata babak itu dIilakukan sebelum dia berkahwin.

BACA: Elizabeth Tan Masih Belum Sebumbung Dengan Suami, Jumpa Dua Kali Seminggu

“It’s real… Dan kalaulah adegan itu saya dapat lakukan dengan lebih lagi. Tapi babak itu hanya begitu saja. Kalau diberi peluang sekarang, macam-macam sudah saya fikirkan. Lagipun ketika adegan itu dibuat saya belum berkahwin dan Jay juga okey dengan babak terbabit,” katanya.

Menurut Lizzy lagi, dia berharap lakonannya dalam filem tersebut dapat membuka lebih banyak peluang kepadanya untuk menawarkannya watak aksi yang lebih mencabar.

“Saya ada bercakap dengan pengarah, Syafiq Yusof untuk hasilkan filem Abang Long Fadil 4 pula selepas ini. Harap impian saya itu dimakbulkan.

“Saya juga berharap filem ini dapat beri saya lebih banyak peluang untuk melakonkan watak aksi sebab mungkin sebelum ini ramai yang tak tahu saya memang minat watak yang membabitkan aksi pertarungan,” katanya.

Dalam pada itu, Lizzy berkata dia juga bersedia untuk meningkatkan kemahiran serta menjalani latihan untuk menjayakan filem aksi.

“Saya juga bersedia untuk memasuki sebarang latihan intensif kerana saya memang nak belajar cara berlakon dalam filem aksi.

“Walaupun saya mengalami lebam yang teruk sepanjang menjalani penggambaran filem ini, tapi tak pernah terdetik rasa putus asa sebaliknya saya sangat ‘enjoy’ dengan setiap aksi yang saya lakukan,” katanya.