fbpx

Azwan Kombos Dikecam Promosi Produk Besarkan Buah Dada

Baru-baru ini perkongsian pelakon Azwan Kombos yang memuat naik video ulasan produk memaparkan wanita seksi di akaun Instagram miliknya mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen.

Difahamkan, video tersebut dipercayai untuk mempromosikan produk membesarkan ‘aset’ wanita. Susulan perkongsian itu, ramai yang menegur tindakannya kerana video tersebut kurang sesuai untuk tontonan umum.

BACA: Selepas London Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah Rancang Tunai Umrah

 

Malah, ada yang menyangkakan akaun Instagram suami kepada pelakon Ezzaty Abdullah itu telah digodam, Tampil menjawab kritikan itu, Azwan berkata dia hanya menjalankan tugas yang diminta pelanggan.

“Saya tahu iklan tu tak sesuai, sebelum ini tak pernah pun bagi slot untuk iklan macam tu tapi disebabkan keadaan sekarang ini pendapatan tak menentu dengan komitmen yang perlu ditanggung.

“Ya betul saya sebelum ini memilih, tapi sekarang dah tak boleh memilih sangat. Video itu disediakan oleh mereka dan saya hanya perlu post sahaja. Lagipun bukannya dalam video itu saya atau isteri saya,” katanya.

Dalam pada itu, Azwan memohon maaf jika iklan yang dikongsikannya itu menyinggung hati mana-mana pihak dan menjelaskan dia hanya memuat naik sahaja video tersebut.

“Saya minta maaf jika ada yang tersinggung dengan iklan tersebut, saya cuma post sahaja dan mendapat bayaran. Terpulang saya nak biarkan berapa lama video itu.

“Mereka tak ada bagi tempoh waktu pun. Malah, saya juga diberitahu jika hasil jualan banyak, saya turut akan dapat komisen,” katanya.