fbpx

Azwan Ali Mohon Maaf Perlekeh Paramedik Hospital Putrajaya

Semalam hangat diperkatakan apabila pihak Hospital Putrajaya membuat laporan polis terhadap dua selebriti iaitu Dayangku Intan dan Azwan Ali atas penularan dua video yang telah menjejaskan imej hospital itu.

Video tular itu juga turut menjejaskan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan wabak COVID-19. Tidak menyangka kata-katanya mengguris hati ramai pihak, Azwan Ali tampil memohon maaf secara terbuka.

BACA: Hospital Putrajaya Buat Laporan Polis Terhadap Diva AA, Dayangku Intan

Malah, Azwan berkata dia mahu menebus kesilapannya dengan menjamu rendang air tangannya kepada petugas hospital berkenaan.

https://www.instagram.com/tv/B-KMszBDabx/?utm_source=ig_embed

“Saya nak ambil kesempatan nak mohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan mulut saya, dah memang begitu kaedahnya.

“Mohon maaf terbuka kepada pihak Hospital Putrajaya khasnya doktor dan pengurusannya kerana kandungan perutusan khas saya telah menjadi begitu panas dan mencetuskan kontroversi hingga ada pihak tertekan diganggu emosi dan sebagainya, mohon maaf.

“Sudah tentu saya kutip setiap hikmah yang berlaku daripada kejadian yang tidak disangka ini, buang yang keruh ambil yang jernih,” katanya.

Dalam pada itu, pengacara sensasi yang lebih dikenali sebagai Diva AA itu juga berharap agar pihak Hospital Putrajaya menerima pemohonan maafnya dan berjanji untuk tidak akan mengulanginya lagi.

Terdahulu, Hospital Putrajaya telah membuat laporan polis berhubung tindakan pengacara itu yang memuat naik semula kenyataan penyanyi veteran Dayangku Intan yang kecewa dengan layanan yang diterimanya oleh petugas hospital berkenaan pada pertengahan Mac lalu.