fbpx

Azwan Ali Mohon Maaf Hambur Kata-Kata Kesat Pada Kucing

Nampaknya Azwan Ali atau lebih dikenali dengan gelaran Diva AA seakan tidak pernah lekang daripada kontroversi panas. Bukan sahaja manusia yang menjadi mangsa ‘mulut laser’ pengacara sensasi itu malah, haiwan juga tidak terlepas daripada tempiasnya.

Baru-baru ini, Diva AA dikecam teruk oleh netizen kerana bertindak kasar dengan kucing belaannya. Difahamkan, Azwan ada memuat naik satu video berunsur nasihat berkaitan PKPB kepada kucing-kucingnya.

BACA: Azwan Ali Maki Pasaraya Tutup Penghawa Dingin Waktu PKP

Bagaimanapun, tindakan Azwan mengeluarkan kata-kata kesat kepada kucing peliharaannya nyata menimbulkan rasa tidak senang ramai netizen dan di kalangan pencinta haiwan hingga ada pihak yang membuat aduan.

Malah, perkara itu mendapat perhatian daripada pencinta kucing dan Persatuan Haiwan Malaysia yang mengeluarkan kenyataan menerusi laman media sosial mereka menyelar perbuatan selebriti tersebut.

Menurut kenyataan di Facebook, perbuatan mengeluarkan kata-kata kesat dengan suara yang kuat seperti seperti menjerkah boleh menyebabkan tekanan selain menakutkan haiwan peliharaan tersebut.

Selepas dikecam teruk, Azwan Ali kemudian tampil membuat permohonan maaf di atas tindakannya itu. Jelasnya lagi, tindakannya itu hanya gurauan semata-mata dan telah pun memadam video berkenaan.

https://www.instagram.com/p/B_vcViKJDPp/?utm_source=ig_embed

Difahamkan Azwan memelihara beberapa ekor kucing dari baka import di kediamannya yang diberi nama Rosmah, Che Ta, Aaron dan Ziana Zain. Apa pun diharap selepas ini Azwan akan belajar dari kesilapannya itu.