fbpx

Azwan Ali Dedah Cintanya Pernah Ditolak Ziana Zain

Boleh tahan lama juga kita tidak dengar cerita mengenai Azwan Ali. Baru baru nampaknya pelakon dan pengacara yang menggelarkan dirinya sebagai Diva AA ini membuka cerita mengenai kisahnya dahulu.

Menerusi rancangan bersama Dj Nazz di laman YouTube Gegar, Azwan mendedahkan mengenai perasaan cintanya telah ditolak Ziana Zain dan ianya mendapat liputan hangat media tempatan ketika itu.

BACA: Azwan Ali Mahu Berbaik Dengan Azmin Ali

Tambah Azwan lagi, dia mengaku hanya bertepuk sebelah tangan dan Ziana hanya menganggap dirinya sebagai rakan biasa sahaja.

“Saya pernah feeling-feeling, tapi dia tak cinta saya, saya je anggap saya cinta Diva ZZ. Kemudian Ziana keluar kenyataan di media tempatan bahawa dia tiada ‘taste’ pada Azwan Ali. Kau rasa mana pergi jantan kau, maruah kau,” katanya.

Tidak lokek berkongsi cerita, Azwan berkata ketika itu dia meminta izin bapa Ziana untuk membawanya keluar berjalan dan pada waktu itulah dia meluahkan isi hatinya pada Ziana.

Azwan berkata dia agak kesal dengan kenyataan Ziana kepada pihak media. Meskipun cintanya ditolak namun Azwan berkata dia redha dengan apa yang berlaku 30 tahun lalu.

“Masa bawak Ziana keluar, tahu tak perasaan dia macam mana? Saya rasa macam jadi Justin Bieber masa tu. Siapa saja yang mampu pandu kereta bersama Ziana masa tu.

“Saya cakap “Ziana, sebenarnya saya suka awak,” dan Ziana jawab,”Jangan nak mengada, kita kawan je, tiada nak feeling-feeling, kita tak minat.”

“Memang hati memberontak nak Ziana Zain, tapi orang kata Korban Cinta, dia tiada perasaan pada saya, saya je yang perasan.

Diakhir rancangan tersebut, Azwan Ali seolah menyifatkan Ziana telah mendapat hukum karma melihatkan apa yang terjadi pada penyanyi itu.

“Tapi, dia dah kena dah karma dia. Kau tengok apa jadi dengan Ziana? Bangga sangat kahwin dengan mamat tu,” katanya.