fbpx

Azmin Ali Pernah Berlakon Dalam Muzik Video Raya

Tak sangka Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pernah muncul dalam sebuah muzik video lagu raya, Salam Aidilfitri nyanyian Jamal Abdillah.

Di dalam muzik video yang dirakamkan pada tahun 80-an itu, turut kelihatan ahli keluarga Azmin Ali termasuk ibunya Arwahyarhamah Hajjah Che Tom Yahaya serta adik perempuannya Ummi Hafilda Ali.

Menerusi komen di YouTube, ada netizen berkata kemungkinan ketika video itu dirakam, adik kepada Azmin iaitu Azwan Ali membawa Jamal ke pengambaran program raya di rumahnya.

Azmin Ali kelihatan segak dan muda berpakaian baju Melayu berwarna merah. Kalau anda tonton muzik video tersebut, Azmin kelihatan sangat bersahaja melayan tetamu yang datang ke rumahnya.

Siapa sangka beliau merupakan Menteri Besar Selangor pada penggal lalu dan kini memegang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi negara.

https://youtu.be/usWl-OPTX7Q