fbpx

Azmi Saat Risau Isteri Selalu Mengigau, Menangis Rindukan Arwah Anak

10 tahun menantikan zuriat bukanlah masa yang singkat, apatah lagi cahaya mata tercinta pergi selepas tiga hari dilahirkan pasti memberi kesan buat vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Naziah Muhammad.

Menurut Azmi, selepas beberapa hari pemergian bayi mereka, Khairul Afnan pada 30 September lalu, isterinya berdepan tekanan kerana teringatkan anak mereka.

BACA: “Kami Datang Bertiga Tapi Balik Berdua, Kami Redha Dengan Ujian Allah”

“Ada masanya kalau dia duduk sendiri tu, dia akan menangis sebab teringatkan anak. Ketika tidur pun dia selalu mengigau hingga saya kena tenangkan dia.

“Sejujurnya saya lebih sedih memikirkan keadaan isteri berbanding kehilangan anak. Saya reda dengan pemergiannya, saya perlu kuat untuk isteri. Alhamdulillah sekarang Allah permudahkan urusan isteri, emosi dia juga semakin baik,” katanya.

Dalam pada itu, Azmi berkata dia dan isteri reda dengan ujian Allah dan akan berusaha untuk mendapatkan zuriat lagi di masa akan datang jika diberikan rezeki.

“Kami akan tetap berusaha dapatkan anak, InsyaAllah. Tapi tunggu sampai masing-masing sedia dan kalau ada rezeki. Apa yang terjadi dalam hidup kami ini satu kisah yang tak boleh kami lupakan,” katanya.