fbpx

Azlee Senario Raih RM15,000 Sebulan Live Di TikTok

Pelawak Azlee Senario terharu melihat sokongan peminat yang menghargai kerjayanya dalam bidang seni dengan menymbang hadiah atau ‘gift’ di TikTok.

Memetik Media Hiburan, Azlee berkata dia tidak menyangka platform TikTok sedikit sebanyak telah membantunya untuk meraih pendapatan sampingan ketika siaran langsung.

BACA: “Jaga Hati Isteri, Dia Sediakan Makanan & Jaga Anak-Anak Kita” – Azlee Senario

Azlee turut mendedahkan dia pernah membuat siaran langsung selama lima minit dan berjaya meraih sebanyak RM8,500.

“Saya pun tak sangka penangan TikTok ni dan saya baru sahaja belajar. Ia bermula ketika saya menjadi juri untuk sebuah program TV.

“Ada sahabat cadangkan saya untuk buat live di TikTok. Katanya boleh cari duit lebih untuk tambang balik. Pada mulanya, saya macam malas nak mula.

“Kemudian, sahabat saya itu ciptakan akaun dan saya tak sangka platform itu boleh jana pendapatan. Saya terkejut sebab orang boleh beri ‘gift’ sebanyak itu,” katanya.

Sementara itu, Azlee berkata dia tidak membuat live sepanjang masa dan mendedahkan mampu meraih pendapatan mencecah lima angkat dalam masa sebulan.

“Dalam sebulan saya boleh dapat RM15,000. Saya akan keluarkan setiap hujung bulan. Saya anggap ia pendapatan bulanan saya. Alhamdulillah, setakat ini, duit kereta dan rumah, TikTok yang bayar,” katanya.

SUMBER: Media Hiburan