fbpx

Azizul Terkesima Lihat Koleksi Basikal Siti Nurhaliza

Berkesempatan bertemu dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang mengakui terkejut penyanyi nombor satu negara dan juga suaminya, Datuk K merupakan ‘die hard fans’ sukan berbasikal.

Azizul juga berkata beliau tidak menyangka pasangan itu juga turut menyertai pelumbaan, malah terkesima melihat koleksi basikal dimiliki pasangan itu.

BACA: Hilang 20 Kg Lepas Bersalin, Siti Nurhaliza Mahu Lebih Kurus

“Mungkin ada yang tak tahu, Dato K dan Dato CT memang ‘die-hard fan’ sukan berbasikal. Mereka berdua ni memang sangat aktif berkayuh dan siap masuk perlumbaan lagi, jangan tak tahu.

“Tapi saya sangat terkesima melihat koleksi-koleksi basikal mereka. Paling saya terpaku adalah koleksi basikal antik yang memang susah nak dapat. Masa berada di galeri itu, saya tengok satu per satu secara terperinci dan seolah-olah ada alunan mozart mengiringi saya. Kagum,” tulinya.

Dalam pada itu, Azizul berkata beliau tidak menyangka dijemput ke rumah apabila kebetulan berada di sekitar kawasan berdekatan kediaman Siti.

“Terima kasih kerana menjemput saya dan saya sangatlah berbesar hati kerana akhirnya dapat bertemu kembali selepas kali terakhir berjumpa di Melbourne dulu.

“Memang tidak dinafikan, satu Malaysia memang sayangkan Dato CT termasuklah saya serta seluruh keluarga. Anak-anak saya Amna Maryam @amnamaryam dan Amna Khadeeja @amnakhadeeja_ suka sangat dekat Aafiyah @aafiyahkhalid , jadi saya buat video call dan mereka bersembang secara virtual,” katanya.