Rumah tangga pengarah Aziz M Osman dengan isteri, Puteri Lily Lokman dilaporkan sudah berakhir apabila perkahwinan yang dibina 13 tahun lalu akhirnya terlerai pada bulan lalu.
Memetik BH Online, perkara itu didedahkan oleh Puteri Lily menerusi perkongsian di Insta Story. Menurut Lily, dia mendedahkan perkara itu bagi mengelakkan timbul fitnah.
BACA: Aziz M Osman Tak Minat Buat Cerita Rebut Cinta, Rebut Harta
“Sejak kebelakangan ini, ramai yang bertanya status hubungan saya dan Aziz. Demi mengelakkan fitnah pada masa hadapan, saya dengan rasa rendah diri ingin menyampaikan berita saya dan Aziz sudah berpisah,” tulisnya.
Bagaimanapun, Lily berkata dia dan pengarah itu berpisah secara baik dan bukan kerana orang ketiga serta memohon agar orang ramai mendoakan agar urusan mereka dipermudakan.
“Secara rasminya, saya dan Aziz berpisah dengan cara baik awal bulan lalu dan tiada kaitan orang ketiga.
“Ditakdirkan jodoh kami sampai di sini, tetapi kami masih mempunyai hubungan baik demi anak-anak.
“Doakan anak-anak saya kuat emosi dan mental. Doakan urusan kami dipermudahkan. I’m trying my best,” tulisnya.
Untuk rekod, Puteri Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Nur Azzahra, 11 tahun dan Putera Muhamad Aryan 5 tahun.