fbpx

Aziz M Osman Tak Minat Buat Cerita Rebut Cinta, Rebut Harta

Semalam perkongsian pengarah terkemuka, Aziz M Osman menjadi perhatian apabila memuat naik status seolah memberi petanda dia enggan menghasilkan karya berkisarkan cinta.

Menerusi entri itu, Aziz berkata dia tidak minat lagi untuk membuat cerita tentang merebut cinta atau harta, sebaliknya cerita yang boleh memberi mesej.

“Tak minat lagi buat cerita tentang keluarga rebut cinta, rebut harta. Nak buat cerita rakyat. Ajar rakyat cara buang sampah dengan betul, beretika ketika guna jalan raya, tidak menilai manusia dari ‘kulit luaran’. Tetapi, rasanya ada tak orang nak tengok cerita macam itu?” katanya.

Diruangan komen Facebook perkongsiannya itu, rata-rata netizen menyokong pengarah itu untuk menghasilkan cerita tentang realiti kehidupan.

Kata netizen lagi, banyak kisah tentang kehidupan boleh dihasilkan untuk dijadikan panduan dan pengajaran buat penonton.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen sudah muak dengan drama daripada novel. Malah, ada yang mengatakan mahukan lebih banyak lagi karya seperti Allahyarham Mamat Khalid.