fbpx

Aziz M Osman Bakal Kahwini Puteri Lily, Muda Dari Anak Sendiri

(Sumber Berita & Gambar: Sensasi Selebriti by Budiey)

Beruntung jadi abang Aziz M Osman yang kreatif lagi berharta benda. Kini dapat pula isteri muda yang katanya matang dari segala segi.

Ini semua bermula empat bulan lalu apabila gambar Aziz M Osman & Puteri Lily mula tersebar di internet dan mereka mengakui yang mereka mempunyai hubungan.

Hari ini pasangan ini mengesahkan yang mereka kini sedang menanti tarikh bahagia untuk mereka berdua, namun bakal mengikat tali pertunangan 18 April ini.

“Biarpun bakal isteri saya muda setahun daripada anak sulung saya,Puteri Nurul Fateha, namun dia sangat matang dalam banyak aspek.

“Saya sangat bersyukur dan gembira kerana dia (Puteri Lily) boleh menerima bukan saja saya tetapi juga anak saya seramai enam orang,”kata Aziz M Osman kepada Utusan Malaysia.

Ini merupakan perkahwinan kali keempat Aziz M Osman & kami doakan supaya perkahwinan bersama Puteri Lily kali ini akan kekal selamanya.