fbpx

Aziz M Osman Akan Terbitkan Semula Azura, Kahwin Sebelum Puasa

Kami letakkan remake filem Azura sebagai main title kerana ia’nya awesome! Right? Right? Yes!

Dalam temubual terbaru bersama mStar Online (we love you!), Aziz M Osman mengesahkan berita ini.

Ace Motion Picture sedang dalam proses menghasilkan semula filem lama terbitan Deddy M. Borhan berjudul Azura.

Filem yang berjaya menaikkan nama Jamal Abdillah sebagai seorang pelakon popular selepas memenangi Bintang RTM beberapa tahun sebelum itu.

Filem ini turut dijayakan oleh Fauziah Ahmad Daud sebagai pelakon wanita utama & mencatatkan sejarah sebagai filem Melayu Malaysia pertama yang mencapai pungutan box-office.

Aziz M Osman juga mengesahkan yang beliau akan menikahi Puteri Lily Lokman pada 6 Jun ini & percaya gadis muda ini mampu menjadi ibu yang baik untuk anak-anak beliau. Yadda yada yawn.

Pesanan ikhlas dari kami buat Aziz M Osman, pilih gandingan hero & heroin yang terbaik untuk filem remake Azura ini. Elakkan cliche Farid Kamil & Lisa Surihani.