fbpx

Azira Shafinaz Akui Masih Single, Impi Lelaki Yang Faham Kerjayanya

Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz meluahkan rasa lega kerana tiada lagi gosip cinta atau dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

Memetik mStar Online, Azira berkata dia tidak sukakan kontroversi dan lebih selesa jika kisah peribadinya tidak perkatakan umum.

BACA: Azira Shafinaz Tak Kisah Jodoh Lelaki Berstatus Duda Seperti Sharnaaz

“Lega rasanya apabila tiada lagi cerita sebegitu. Mungkin orang mahukan sesuatu, tetapi saya bukanlah seorang yang suka dengan kontroversi. Apa yang keluar dari mulut saya itulah yang benar,” katanya.

Sebelum ini dikaitkan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad dan dikatakan mempunyai hubungan istimewa, Azira berkata mereka hanya kawan biasa sahaja.

“Sekarang ini saya single dan happy. Tiada sebarang hubungan istimewa dengan Sharnaaz sebelum ini dan kami masih berkawan baik seperti biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Azira mengakui ramai yang bertanyakannya soal jodoh namun dia mahu fokus pada kerjaya. Ujarnya lagi, dia impikan lelaki yang boleh menerimanya serta memahami kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi.

“Memang ramai yang sudah mula bertanya soal jodoh, namun fokus saya sekarang lebih kepada kerjaya. Apa boleh buat kalau jodoh belum sampai!

“Ada yang cuba mahu dekat tetapi belum ada yang istimewa. Kawan biarlah ramai, bercinta hanya satu. Doakanlah saya bertemu jodoh.

“Kalau mencari seseorang biarlah yang boleh terima saya dan keluarga. Paling penting lelaki itu hormat kerja saya kerana tak semua boleh faham kerjaya ini,” katanya.