Azhar Sulaiman Tepuk Dahi Tengok Warna Rambut Anak
Pasti ramai tahu pelakon Azhar Sulaiman mempunyai seorang anak gadis iaitu Kasih Iris Leona berusia 18 tahun yang kini menjadi perhatian ramai. Bukan sahaja cantik malah seorang yang pintar apabila berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan SPM.
Baru-baru ini, anak gadisnya itu tampil dengan imej terbaru apabila rambutnya diwarnakan dengan rona jingga. Di Instagram, Azhar dilihat memuat naik foto bersama anak gadisnya sambil menepuk dahi serta memberikan respon tentang perkara itu.
BACA: Azhar Sulaiman Tegur Anak Gadisnya Jangan Suka Duduk Mengangkang
“Ya Allah jingga laa pulak rambutnyaaa. Ingat I was the only one yang giler today rupanya…,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi Azhar tentang rambut anaknya itu. Netizen berkata itu merupakan perkara biasa dikalangan remaja yang sedang meningkat naik.
alam pada itu, ada dikalangan netizen berkongsikan bahawa mereka turut berdepan perkara sama apabila anak remaja mereka juga turut mewarnakan rambut dengan warna terang-terang.
Tidak kurang juga, ramai yang meminta agar Azhar bersabar dalam membesarkan anak remaja serta mendoakan anak gadisnya itu akan berhijab suatu hari nanti.
Hek eleh.. Siap amik gambar tepuk dahi.. Konon2 ko pening jaga anak. Poyo giler. Ajar la ape yang patut. Ko yang bangga sangat anak ko camtu gedik sana sini nak tunjuk orang lak.. Poooooddaaahhh
Warna apa pun x apa asalkan bukan hitam dan bahan pewarna jenis yg boleh bawa solat dan pasrtikan Wudhunya air boleh telus lalu. Bab warna terang tu ai x pasti ada wrna yg agama benarkan atau tak utk remaja. Utk bg lelaki tua kerepot warna hitam tak boleh i.e ada mazhab hukum makruh dan ada mazhab hukum kan haram melainkan nak pergi berperang..
Hang kan ayahnya .. cuba la nasihat dan bg anak remaja tu pedoman. Jgn kita pun jd jahil sgt bab agama ni sis. Byk ibubapa nak jd sporting tp kita wajib jd parents, bukan jd kawan sekolahnya pulok. Ada perkara kita kne jelaskan kat anak2
haha komen Toyol atas paling WIN
jingga tu satu. menyebarkan gambar kepala jingga tak tutop aurat tu pon salah wahai ayah. padam la tanda tak redho perbuatan anak tu. kemudian nasihat dan doa. masih belom terlambat.
Pelakon…acah2 terkesima padahal suka.
netizen yg follow pon kekonon2 terhibur ler sgt., mentaliti makcik petai dan jering sangat lah korng.
atas jingga bawah hitam
Anak2 dok ludah muka mak bapak zaman skrg ni… lg bangga parent pon bersubahat merelakan kemungkaran jugk.. :(
Ramai mak bapak sanggup masuk neraka kerana sayangkan anak2, ramai suami sanggup masuk neraka kerana sayangkan isteri. Orang yg dayus yg reda maksiat berleluasa dikalangan ahli2 dibawah jagaannya atau dlm tanggungjawabnya diharamkan syurga! Tu bkn aku kata tp Nabi kata ..
teruskan usaha mendidik anak2. zaman sekarang mmg mencabar. insyallah ade kejayaannya nti. semoga anak2 nti dapat menjadi anak yg solehah.
Kalau silap, tolong betulkan.
Daripada kuliah allahyarham ustaz dato Abu Hassan Din, beliau pernah terangkan bab2 ni dulu. 1st, sebelum nak warnakan rambut tu dan nak tengok bahan @ warna, kena tengok dulu APA SEBAB @ TUJUANNYA? Contoh: Si isteri tu muda lagi tapi dah beruban mungkin sebab penyakit dan sebagainya. So risau kalau tak nampak menarik di mata suami, maka dibolehkan untuk dia warnakan rambut, walaupun guna warna hitam. Hanya suami dia saja yang boleh [email protected] mahram. Erti kata lain kena tutup aurat macam biasa.
Bukan suka2 boleh warnakan rambut. Apatah lagi untuk cantik dan dipamerkan pada orang. Moga2 parents berjaya guide anak2. Mana yang kurang ilmu, boleh belajar untuk tambah. Yang ada boleh share untuk sama2 tau??