Azhar Sulaiman Enggan Kongsi Cara Didik Anak-Anak
Pelakon Azhar Sulaiman enggan berkongsikan mengenai cara dia mendidik anak-anak. Menurutnya, cara dia mendidik anak-anaknya tidak sesuai untuk dikongsikan kepada umum.
Memetik Harian Metro, bapa kepada personaliti media sosial Kasih Iris Leona itu berkata setiap ibu bapa mempunyai cara mereka tersendiri untuk mengajar anak-anak.
BACA: Azhar Sulaiman Pening Nak Monitor Anak Buat Parti Di Rumah
View this post on Instagram
“Cara saya hanya untuk saya dan keluarga. Apa yang dipraktikkan bukan untuk dikongsikan dengan orang lain secara rasmi. Ia akan menjadi sesuatu yang menyimpang dari agama dan contoh tidak baik untuk keluarga lain ikuti. Tepuk dada tanya selera sendiri.
“Saya perlu bertanggungjawab jugalah untuk orang lain. Maaf kepada semua wartawan,” katanya.
Menerusi Instagram, Azhar berkata dia juga terpaksa menolak semua jemputan temubual mengenai gelaran ‘Bapa Cool’ bersama wartawan dan program hiburan.
Turut mengucapkan terima kasih kepada media, Azhar berkata dia mengambil pendekatan itu kerana beranggapan cara dia mendidik anak-anaknya tidak sesuai untuk dikongsikan kepada umum.
Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai video anak perempuan sulungnya Kasih Leia Ixora mengadakan parti di rumah menjadi perhatian ramai sehingga ada yang menggelar pelakon itu sebagai ‘bapa cool’.
Untuk rekod, Azhar berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin pada 1996. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, serta pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona.
- SUMBER
- Harian Metro
..salah satu cara didikan, pakai seksi dan boleh jadi madu..ahaks..
Betullah tu. Cara dia ni didik anak bknnya semua boleh kita ikut & praktikkan pun. Ye, anak2 dia semua pandai tapi ada satu sudut anak2 dia tak berjaya pun. Takkan kita semua nak anak2 kita & yg lain2 pakai skirt, tunjuk breast, berparti ala2 minum arak(wlpn bkn arak)? Takkan tu kita nak ikut kan? Jadi, betullah dia ckp, cara dia didik anak bknnya semua betul & bagus pun. Kita semua tak Dak yg perfect…
Ya azhar,dr segi pelajaran mungkin awk dan anak2 awk berjaya. Tp awk gagal bg didikan agama pd isteri dan anak2 awk. Mmg terang-terang isteri dan anak2 awk kurang didikan agama. Takpa,belum terlambat lg azhar. Cuba baiki balik apa yg kurang.
Huurrmm… Sbb lintang pukang kn cara ddikzzz nkooo??? Kuikui
vodoh giler komen2 kat atas ni… otak dengki ker busuk ati tak tau laa haha
wise decision not to share