Azhar Sulaiman Akui Tak Mudah Tegur Anak, Nak Rotan Dah Tak Sesuai
Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen.
Baru-baru ini, perkongsian Leona sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila memuat naik konten menari di TikTok bersama rakannya sekaligus mengundang kecaman netizen.
BACA: Netizen Mengucap Panjang Tengok Pakaian Anak Azhar Sulaiman
Memetik mStar Online, Azhar berkata dia sudah menegur kesilapan anaknya, ditambah tidak sesuai lagi untuk dirotan, namun dia hanya berdoa Leona berubah menjadi lebih baik
“Saya sama seperti Kaza dan Normah Damanhuri. Kami adalah ibu bapa pada anak-anak yang bukan kecil lagi. Sebagai ibu bapa, sudah tentulah kita berikan teguran.
“Namun, apa yang kita tegur itu bukan mudah. Kita harap anak-anak dapat berfikir lebih jauh mengenai kesan terhadap keseluruhan , bukan hanya pada diri tetapi keluarga dan ibu bapa.
“Sebagai ibu bapa, saya ambil tanggungjawab untuk tegur apa yang tak boleh dilakukan. Tapi, kalau dia masih buat… Saya hanya berdoa semoga dia cepat berubah.
“Kita tak boleh rotan atau jerit pada anak-anak sekarang apatah lagi mereka sudah besar. Jadi kita doakan yang terbaik untuk anak-anak,” katanya.
Terdahulu, video dikongsikan oleh Leona menjadi bualan apabila tampil memakai dress pendek ketat berwarna merah jambu yang mendedahkan bahagian pehanya.
- SUMBER
- mStar Online
Bdn dia nmpk makin berisi mcm dah kena baja jer…
Dah boleh jd mak org nk tegur mmg le susah ptt masa kecik2 dah bentuk, masa remaja dah kawal. Ni dah bangka baru nk nyesal mmg ko terima jer laa. Mmg mak bapak laa yg besarkan anak dia jd yahudi ke, kristiani ke, majusi ke bila mrk besar..
anak tu blh dibentuk. Tp mst kne mula sjk drpd kecil..sbb tu msa ank kecil pkian mreka tu kita pantau, jgn seksi2 melaram smpi ke besar. Contoh dpn mata AnAk Kak KM. Bila dh jd mcmni, kita doa jela bnyk2 smga dibukakn pntu hati nya utk bertaubat. Aku tknk ckp lbh2 sbb aku pn ada ank pmpn, tp insyaallah aku cuba yg terbaik mcm mak bapak yg lain
Anak ni selalunya dpn mak bpk ok tp bila mrk dgn kwn2 sebaya xkn mrk nk tnjk skema dah tentu mrk nk “bersaing” show off dgn rakan2 sebaya tu yg mrk akan buat perkara2 daring dari biasa2.
Dia nak ajak ayah kesayangnnya masuk lubang neraka bersama dia….
Mulut kau pun… mcm tau aje orang masuk neraka..agak nya kau pun ada di neraka sama kerana suka mengata orang.
Fgt : betul, setuju dgn awake.. anak2 kan cerminan dari cara didikan ibubapa dari kecik. Bab pembelajaran bagus tapi blm tntu Bab lain lagi. Pasal tu kita as a Ibubapa kena tunjuk ajar perkara yg baik2. Zaman skrang pun dah semakin advance.. tepuk dada tnya selera
Ok aper anak dia ni. Cantik gebu. I suka gaks