fbpx

Azar Azmi Dikecam Tayang Hisap Vape

Namanya meningkat naik selepas membintangi drama Nur 2, bagaimanapun baru-baru ini nama pelakon Azar Azmi menjadi bualan ramai dan dikecam teruk apabila memuat naik videonya sedang menghisap vape.

Difahamkan, video tersebut adalah untuk mempromosikan perniagaan rokok elektronik yang diusahakannya. Menurut Azar, perniagaan rokok elektronik itu bukan disebabkan ‘trend’ masa kini dan tiada halangan untuk wanita melakukannya meskipun perniagaan itu didominasi oleh kaum lelaki.

BACA: Drama ‘Nur’ Menang Besar DFKL 2019

“Semua orang ada cara hidup tersendiri. Bagi saya, perkara ini normal kerana ramai orang yang hisap shisha sama seperti vape.

“Ini adalah perniagaan saya. Pada saya ia bukan disebabkan ‘trend’ kerana mentaliti saya berbeza dengan orang lain. Kalau lelaki boleh buat, tiada halangan untuk perempuan juga lakukan perkara yang sama.

“Ia terpulang kepada individu tersebut sebenarnya, selagi dia tidak melakukan perkara yang jahat seperti menipu, aniaya, mencuri dan mencaci,” katanya kepada Melodi baru-baru ini.

Dalam pada itu, Azar berkata dia tidak dapat menghalang orang daripada memberi pendapat mereka tersendiri mengenai isu berkenaan. Malah, Azar turut menyifatkan komen negatif itu perkara yang bagus.

“Masa penggambaran dilakukan memang saya berani mati. Sekali cuba sedap pulak perisa dia. Dah dapat sekali, dia nak dua dan nak lagi.

“Komen negatif itu bagus, saya suka baca. Mulut orang kita tidak boleh tutup, percakapan mereka tidak boleh dihalang.

“Dari 10 kebaikan, orang lebih nampak 1 keburukan. Apa pun, kaji dan selidik dulu, jangan anggap setiap perbuatan orang tersebut tidak baik,” katanya lagi.

Bagaimanapun, difahamkan video tersebut sudah pun dipadamkan daripada akaun Instagram Azar. Mungkin banyak sangat kecaman diterima daripada netizen.