“Azal Nak Wanita Yang Putih Melepak, Tak Pakai Tudung, Kaki Panjang”
Sebelum ini, pelakon Zarina Zainuddin memaklumkan sedia membayar gaji bakal menantu asalkan sanggup berkahwin dan menguruskan anaknya Muhammad Raizal Azrai yang merupakan penghidap autisme.
Terbaru, Zarina mendedahkan menerima banyak mesej di Instagram daripada wanita yang mahu berkahwin dengan anaknya yang lebih mesra disapa Azal.
BACA: Zarina Zainuddin Sanggup Bayar Gaji Menantu Kahwini Anak Autisme
Kata Zarina lagi, lebih mengejutkan ada juga di antara wanita yang sebaya dengannya yang mahu berkahwin dengan Azal.
Bagaimanapun, Zarina berkata anak bujangnya berusia 25 tahun itu agak memilih serta mahukan wanita yang berkulit putih dan kaki panjang.
“Selepas berita mengenainya keluar di Harian Metro, saya dapat banyak DM nak kahwin dengan Azal. Ada umur 36 tahun dan sebaya saya pun ada. Ini semua mesti sebab gaji tu.
“Tapi macam yang saya cakaplah, Azal memilih sikit. Dia nak yang ‘vogue’ saja. Dia nak lawa, tak pakai tudung, kaki panjang, putih melepak dan hidung mancung,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Zarina, dia membuat keputusan untuk tidak membalas mesej-mesej berkenaan kerana tidak mahu memberi harapan.
“Saya baca saja. Bukan tidak mahu balas mesej tapi takut nak beri harapan sebab tahu anak saya ini memilih. Apa yang anak saya gambarkan rasanya hanya dogengan dalam khayalannya saja. Saya pasrah.
“Jika ada rezeki mungkin Azal belajar menerima seadanya. Alhamdulillah. Jika tidak biarlah dia tunggu bidadari di syurga nanti,” katanya.
Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai jumlah gaji yang ditawarkan, Zarina berkata dia tidak berkata asalkan gadis itu sesuai dengan pilihan Azal.
- SUMBER
- Harian Metro
Tak padan dgn keadaan dirinya tu macamana…
Elok tak payah layan la…
Tak padan dgn keadaan dirinya macamana…Elok tak payah layan la…
Zarina berterus terang pasal taste anak dia.tp dia tau jugak itu semua mungkin angan2 anak dia je. N dia redha klu x dpt mcm tu, dah mmg kenyataan bkn senang org dgn ciri2 tu nakkan azal setulus ikhlas. Telus zarina. Xde berkias2. Terus terang.bagus
dia angan2 je, tp kalau Allah bg jodoh sapa tahu kan.
Mna tahu doa seorg ibu termakbul. Itu semua perasaan hati mnusia yg meluahkan perasaan. . Allah yg tentukn jlnnya…kita merancg je.
Description tu mcm kne dgn mat saleh je. Putih. Kaki pnjg. Hidung mncung. Try cari kat russia ada kot.
kadang perasan…perlu ke dia provoke anak dia each time…ntahlah…
Nak putih melepak kaki pancang hidung panjang leher panjang rasanya ramai kat Malaysia ni..lawo²..,tp biarlah yg boleh buat menantu bukannya ank antoo
masalahnya skrg, dalam hukum sah kawin layak ke…mohon bagi pencerahan
Ada ke orang nak kahwin dengan orang macam tu?
Allah Yg menentukan.
Semuga Kak Long diberikan kekuatan dan kesihatan demi menjaga anak anak syurga ini. InsyaAllah.
Aku harap adelah ostad yg boleh explain hukum hakam perkahwinan org yg mcm ni. Nak tau jgak.
Maknye pun..