fbpx

Ayu Raudhah & Zaquan Adha Bernikah Jumaat Ini, Majlis Resepsi Sederhana

Sedikit perlahan aktiviti kami di’sini, maklumlah, konon konon sedang bercuti.

Sekarang baru punya sedikit masa sementara menanti flight kami untuk pulang ke tanah air tercinta.

Sebagai entri sebagai tanda kembali, kami khabarkan kepada anda yang pasangan sensasi Zaquan Adha & Ayu Raudhah bakal menamatkan zaman bujang Jumaat ini.

Pasangan selebriti & pemain bola sepak kebangsaan ini bakal mengikat tali perkahwinan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas solat Jumaat.

Dan, majlis resepsi untuk keluarga & rakan rakan akan berlangsung pada sebelah malam di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Tahniah buat Zaquan Adha & Ayu Raudhah dan juga kepada keluarga kedua dua belah pihak. Saudara mara boleh mula setup akaun Twitter khas untuk post gambar kahwin mereka. Heh.