fbpx

Satu lagi kisah hal percintaan orang muda masa kini. Apa mahu jadi dengan blog hiburan zaman sekarang ini. Heh.

Siapa yang belum tahu tarikh perkahwinan bintang sensasi Ayu Raudhah & pemain bola sepak sensasi Malaya Zaquan Adha, angkat tangan!

Ya. Seperti semua sedia maklum, Ayu Raudhah sudah mencanang satu dunia yang beliau bakal berkahwin 20 Januari tahun hadapan.

Ayu Raudhah yang baru sahaja tamat rawatan mencantikkan badan siap menghurai lengkap jadual majlis kahwin kedua-dua belah pihak.

Namun, dalam sebuah laporan ringkas dari akhbar media perdana, Zaquan Adha di’khabarkan masih belum pasti akan tarikh sebenar pernikahan mereka.

“Sebenarnya saya belum mendapat ilham lagi tarikh paling sesuai. Sebab itu sehingga kini saya tak dapat hantar kad jemputan kepada sesiapapun.”

“Saya berharap majlis perkahwinan ini dapat dilangsungkan secepat mungkin, insyaAllah pada tahun depan,” kata Zaquan Adha kepada media.