fbpx

Ayu Raudhah Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga

Tahniah diucapkan kepada pasangan Ayu Raudhah dan suami, Zaquan Adha yang baru selamat menimang cahaya mata ketiga mereka. Bayi comel itu telah selamat dilahirkan kira-kira jam 10.52 pagi tadi di Hospital Prince Court.

“Alhamdulillah dengan izin allah,isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 10.52 am pagi td. Syukur pada mu ya allah,” tulisnya di akaun Instagram sebentar tadi berkongsikan berita gembira tersebut.

Melihatkan perkongsian itu, ramai memenuhi ruangan komen pemain bola sepak itu dengan ucapan tahniah dengan kelahiran anak ketiga mereka. Selain itu ramai juga yang turut teruja ingin melihat wajah penuh bayi comel itu.

Bagaimanapun posting yang dimuat naik tidak menunjukkan wajah penuh bayi, hanya diambil dari sudut kepala sahaja. Malah nama bayi juga masih belum didedahkan pasangan ini. Apapun tahniah sekali lagi diucapkan buat Ayu diatas anak perempuan pertama ini. (rtky/w)