fbpx

Ayu Raudhah Selamat Bersalin Anak Keenam

Tahniah diucapkan buat pelakon Ayu Raudhah yang selamat melahirkan cahaya mata keenam iaitu bayi lelaki di sebuah pusat perubatan pada jam 2.225 petang tadi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Zaquan Adha menerusi Insta Story miliknya.

BACA: Ayu Raudhah Sah Hamil Anak Keenam, Dah 5 Bulan

Zaquan yang juga ketua pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC (NSFC) turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya matanya itu serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan.

Bagaimanapun, setakat ini Zaquan belum mendedahkan lagi wajah cahaya matanya itu kepada umum dan hanya berkongsikan momen isterinya dimasukkan ke hospital.

Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 10, Muhammad Aisy Aryann, 9, Laura Zuleykha, 6,  Muhammad Aisy Khaliq, 4 dan Aisy Al Jibreel, 2.