Kita mulakan hari Ahad yang indah ini dengan cerita dramatis jelita kita, Ayu Raudhah & kekasih bolanya, Zaquan Adha.

Pasti hari ini hati Ayu Raudhah sedang berbunga-bunga melihat pasukan Malaysia yang turut membariskan Zaquan Adha mara ke separuh akhir dalam temasya Sukan SEA.

Bercerita tentang hubungan cintanya bersama Zaquan Adha, Ayu Raudhah berkata beliau sudah bersedia untuk berumahtangga & bergelar isteri.

“Ayu tak mahu terlalu mengharapkan apa-apa tetapi kalau jodoh Ayu dengan Zaquan itu terbaik, Ayu akan menerimanya dengan baik,” katanya.

Ayu Raudhah juga mengakui yang sebelum ini Zaquan Adha seorang yang kuat cemburu, namun atas perbincangan, masalah itu dapat di’atasi.

Editor: Few days ago, we’ve been mentioned at RidzuanRichie. To return the favor, please visit the blog and tell them we say hi.