fbpx

Ayu Raudhah Rugi RM25,000 Zaquan Tidak Bersama Harimau Malaya

Kami sebenarnya sudah berjanji untuk tidak menulis apa-apa berkaitan Harimau Malaya di’sini.

Namun kenyataan Ayu Raudhah dalam media hari ini mengundang kegatalan di’jari-jari kami untuk membuat entri ringkas.

Bukan apa pun, cuma mahu memanipulasi ayat ayat Ayu Raudhah.

Dalam mStar Online hari ini, Ayu Raudhah mengakui yang beliau teringin untuk melihat tunang’nya, Zaquan Adha untuk bersamaskuad Harimau Malaya ketika menjulang kejayaan di AFF Suzuki Cup 2010.

“Memang terasa rugi pula bila Zaquan tiada dalam pasukan itu. Tapi nak buat macam mana, dah bukan rezeki dia.”

“Tambah pula dia perlu berehat lagi dua bulan untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami sebelum ini,” ujar Ayu Raudhah kepada media.

Pelakon yang popular dengan kisah yang bukan bukan ini juga mengakui yang persiapan untuk perkahwinan mereka pada 20 Januari ini sudah siap hampir 70%.