fbpx

Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-7, Bakal Bersalin Bulan Julai

Baru saja menimang cahaya mata keenam pada Mei tahun lalu, pelakon jelita, Ayu Raudhah kini dikhabarkan sedang hamil anak ketujuh.

Menerusi video dikongsikan oleh pempengaruh media sosial, Rosix Omar, usia kandungan Ayu sudah mencecah tujuh bulan dan bakal menimang anak ketujuh itu pada Julai nanti.

BACA: Ayu Raudhah Selamat Bersalin Anak Keenam

@rosixomar25

Citer sini hbs sini! Open house @ROZITA CHE WAN #rosixomar #rozitachewan #openhouse

? original sound – Rosixomar – Rosixomar

Sementara itu, memetik Oh Bulan, Ayu mengesahkan mengenai perkara itu serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya serta kandungannya itu.

“Alhamdulillah iya betul, saya sedang hamil anak ketujuh. Segan sebenarnya nak bercerita panjang, iya lah anak ketujuh kan. Sekarang dah masuk tujuh bulan.

“Perut pun dah besar tak boleh nak sorok. Siapa perasan itu, mereka perasan lah. Minta semua doakan yang baik-baik ya. Kepada peminat yang sentiasa ingat saya itu, saya ucap terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Dalam pada itu, isteri kepada bekas pemain bola sepak Zaquan Adha itu berkata dia tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilan.

“Saya memang tiada alahan sangat pun. Sejak hamil anak pertama lagi, sangat jarang ada alahan yang teruk atau aneh-aneh. Insya-Allah, baby akan bersalin hujung bulan tujuh (Julai) macam itu,” katanya.

Untuk rekod, Ayu mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011. Pasangan itu dikurniakan enam anak iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, dan Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam kini berusia setahun.

SUMBER: Oh Bulan