fbpx

Ayda Jebat: Saya Tiada Masalah Dengan Janna Nick

Pelakon popular Ayda Jebat mengatakan dia tidak tahu menahu akan perihal dakwaan netizen yang mengatakan dirinya adalah artis yang dimaksudkan oleh Janna Nick sebagai plastik. Malah Ayda turut menjelaskan hubungan mereka ketika ini baik dan tidak ada masalah.

“Sejujurnya saya tidak tahu apa-apa. Saya tidak tahu pun Janna ada bercakap mengenai perkara itu. Saya tidak tahu sama ada perlu terasa atau tidak kerana saya tiada kaitan apa-apa kalau orang mengatakan dia bercakap tentang saya. Saya rasa tidak, kerana hubungan kami okay sahaja,” katanya yang ditemui di Majlis Preview Program Syawal Terima Kasih TV3 & TV9.

BACA: Janna Nick Ruah Rasa Terkilan Dengan Rakan Artis?

Isu ini timbul apabila netizen mengaitkan Ayda Jebat ekoran dia membuat kemunculan dalam program Melodi pada Ahad lalu sebelum Janna memuat naik luahannya di Instagram pada sebelah malam hari yang sama tanpa menyebut nama-nama artis yang dimaksudkan.

Sementara itu, ketika membuat kemunculan di Melodi, Ayda berkata mereka berdua berinteraksi seperti biasa dan turut berbincang mengenai produk telefon yang diwakilinya untuk dipromosi dalam program itu memandangkan Janna juga adalah duta untuk jenama lain.

“Semasa di Melodi pun kami seperti biasa sahaja malah sempat buat latihan disebabkan saya perlu mempromosikan jenama telefon yang saya wakili. Janna pula tidak boleh mempromosikan jenama itu kerana dia adalah duta untuk jenama lain jadi kami buat latihan agar keadaan tidak kekok ketika siaran langsung”

“Semuanya berjalan seperti biasa sahaja. Sebelum ini pun saya pernah lima ke tujuh kali bertemu dengannya termasuk di rumah penerbit, Sheila Rusly. Kami pernah makan bersama malah Janna juga pernah datang ke set penggambaran saya dan saya pun pernah buat perkara sama,” katanya. (rtky/h)