fbpx

Ayda Jebat Rancang Hamil Anak Kedua Tahun Ini

Pelakon Ayda Jebat berkongsikan bahawa dia dalam perancangan untuk hamil cahaya mata kedua tahun ini.

Memetik Xtra, Ayda berkata dia dan suaminya, Nabil Mahir mahukan cahaya mata dua atau tiga orang dengan jarak usia yang dekat.

BACA: “Maaf, Adik Saya Enggan Beri Komen Kerana Banyak Hati Harus Dijaga” – Ayda Jebat

“InsyaAllah I wanna get pregnant this year jugak, taknak gap lama sebab pregnant saya jadi malas nak kerja, nak tengok telefon pun malas.

“Saya target nak anak dua atau tiga orang tapi gap yang dekat-dekat. Kita pun bukan muda lagi tau,” katanya.

Berkongsikan mengenai anak sulungnya, Ana Nayla kini berusia setahun, Ayda berkata anaknya itu menerima tawaran menjadi duta bagi beberapa jenama barangan kanak-kanak.

Dalam pada itu, Ayda berkata dia juga melihat keadaan supaya tidak dianggap mengeksploitasi anak malah dia juga akan mencuba produk tersebut terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk menjadi duta.

“Ikut jadual juga kot tengok masa sebab nak biar dia bekerja sangat pun nanti tetiba ada pulak orang cakap guna anak, anak kecil lagi dah suruh anak cari duit.

“So far ada lagi tawaran yang masih dalam rundingan, tak ada la banyak sangat tapi kita nak pick the best, tak nak lah asal ada ja ambik. Sebelum setuju jadi duta, kita sendiri pakai, kita try dulu, Kita taknak asal dapat duit ja buat ja la, tipu ja la peminat, tak baik!,” jelasnya.